Lebih daripada satu tempat berehat dan untuk berekreasi di rumah, ruang
tamu selalunya menjadi simbol citarasa peribadi pemilik rumah. Ruang
tamu sering diberi perhatian dalam hal dekorasi memandangkan fungsinya
yang pelbagai. Untuk memenuhi kegunaan ruang yang menjadi tumpuan seisi
keluarga dan tetamu ini, bermacam jenis aksesori (perabot dan peralatan)
digunakan untuk tampil lebih bergaya dan memuaskan hati pemilik rumah.
Namun, memilih aksesori bagi ruang tamu anda bukanlah suatu yang membuatkan anda mudah untuk berputus asa. Jika diperhatikan, ruang tamu anda mempunyai beberapa aspek rekabentuk yang asas, dan di sini adalah panduan memilih aksesori bagi setiap aspek tersebut.
1. Kerusi dan sofa. Pemilihannya merupakan elemen yang paling sukar memandangkan anda inginkan suatu tempat berehat menghilangkan penat bekerja selain menjanjikan keselesaan terutama kepada tetamu anda. Anda perlu memutuskan berapa luas yang dikhususkan untuk ruang tempat duduk. Kemungkinan anda memerlukan sudut bersembang yang berasingan. Di samping itu, jumlah penghuni yang tinggal di rumah anda juga harus di ambil kira. Bagaimana pula tetamu yang kerap bertandang?. Berikut beberapa kategori aksesori yang boleh difikirkan.

- Sofa - Termasuk juga cushion chair, sememangnya aksesori asas ruang tamu untuk membaca, menonton TV, dan melayan tetamu.
- Recliner - Kerusi baring untuk merehatkan diri atau melelapkan mata sebentar.
- Ottoman - Sejenis tempat duduk tanpa sandar yang selalu digunakan untuk meletak kaki.
2. Meja. Meja yang anda gunakan akan mendatangkan kesan terhadap
penampilan ruang tamu anda. Oleh itu, selain fungsinya yang anda
harapkan, pelbagai rekabentuk meja ditawarkan yang dapat menepati tema
dan citarasa anda. Biasanya, jenis meja yang boleh anda tempatkan di
ruang tamu, seperti;
- Meja kopi (coffee table) - Yang paling banyak fungsinya seperti untuk meletak majalah, atau hidangan ringkas.
- Meja sisi (side table) - Untuk diletak di antara sofa. Biasa digunakan untuk meletak lampu, gambar dan aksesori hiasan lain.
3. Peralatan Media (Media center). Anda suka menonton DVD?, sukakan
permainan video?, atau suka mendengar muzik?. Jadi, memilih peralatan
media untuk hiburan sangat bergantung kepada citarasa anda. Apa yang
penting adalah menyesuaikannya dengan pemilihan perabot atau kabinet
yang khusus agar sentiasa nampak terurus dan tersusun rapi.
Setelah aspek asas tadi dipenuhi, barulah anda memikirkan aksesori tambahan lain seperti lampu, pasu bunga, tanaman, hamparan, akuarium dan lain-lain untuk lebih lebih bergaya dengan tema yang dipilih.(dekorrumah)